Saturday, September 1, 2012

Warkah dari Xenos

Selamat datang ke blog yang bakal kelihatan huru-hara tak lama lagi. Blog ini lahir daripada perasaan malu kerana sering disindir rakan dan orang disekeliling saya kerana Bahasa Melayu saya yang sangat teruk walaupun saya orang Melayu. Dengan blog ini, saya akan cuba untuk tidak menggunakan Bahasa Inggeris, dan pada masa yang sama, memperbaiki dan mengembalikan kehebatan karangan Bahasa Melayu saya ketika di zaman sekolah dahulu XD

Hi awak! Saya Fei, dan terima kasih kerana menjenguk ke blog ini. Saya akan cuba menulis sekerap yang mungkin dan anda akan melihat banyak tulisan yang berkaitan dengan muzik, Photoshop, dan tugas saya sebagai seorang guru. Saya akan cuba membalas komen yang anda tulis untuk setiap post saya XD Diharap anda gembira melawat blog saya. Layout baru akan muncul secepat mungkin ^^

No comments:

Post a Comment