Friday, September 7, 2012

Cuti atau tidak?

Setelah berbahagia mendapat cuti lebih pada hari Khamis sebelum Hari Raya yang lepas, maka tibalah aktiviti mengganti cuti. Esok Sabtu, tapi kena ke sekolah. Paling tak memberangsangkan ialah esok guna jadual hari Khamis, maka memang sangatlah penuh jadual =.= Untuk mengembalikan semangat yang kurang, saya menonton video-video Daikoku Danji. Hmmm, apa khabar agaknya mereka di Jepun. Yang pasti, mereka lebih berjaya di sana, jadi, sebagai seorang MASTERS, saya bangga dan akan menyokong mereka walaupun mereka jarang kembali ke Korea. Bila dah tengok video DKDJ, makanya akan tersangkut tengok X5 pulak, kekeke~ Saya dah jumpa semua artist kegemaran saya kecuali kumpulan yang dua ini. Bila agaknya mereka nak datang Malaysia? XD

Sangat berterima kasih kepada NTV7 yang bergaya kerana menayangkan drama Love at the Frontier. Peh, drama tu sangat lama okehhhh tapi sebab ada Golf and Mike, memang dah berpuluh kali tengok pun tetap akan tersengih sorang-sorang. Dulu, saya minat Golf, tapi rasanya sekarang dah tukar kot, sebab Mike mengingatkan saya kepada Suhoon, aka Mika DKDJ - tapi masa dia masih kurus dan emo la. Sekarang dia adalah agak tembam ye.. tah apa la Hyunchul masak sampai Suhoon makan banyak XD Plan esok malam, nak cari balik video Thailand Jpop Concert~

Hmmm, -tengok jam- dah pukul 1.30am tapi tak ngantuk la pulak? Mungkin saya patut design layout?

No comments:

Post a Comment