Sekejap betul hujung minggu. Mana tak nya, Sabtu sekolah. Kalau sesi pagi ok la jugak , petang boleh merayau ke, shopping tingkap ke.. tapi sesi petang, jadi masa memang terhad. Hari Ahad pulak, terlebih rajin, pagi-pagi lagi dah keluar pegi Carrefour beli barang dapur. Bosan punya pasal, jadi kami beli roti dengan sosej untuk dijual pada budak asrama. Habis beli barang, budak dah tunggu nak berlatih merentas desa la konon. Hari Selasa nanti rumah sukan saya ada merentas desa, jadi kena cari trek latihan yang sesuai sebab saya tak tau sangat jalan kat keliling sekolah ni. Pelajar Tingkatan 1 ada lima orang, mereka la yang gigih berlari sambil cikgu ikut dari belakang, dan kira masa. Seronok jugak bila dengan budak-budak ni. Mungkin sebab ramai yang balik, jadi asrama tak terlalu sunyi, dan tak terlalu bingit, jadi memang menarik la.
Balik dari merentas sekolah, kami belanja budak tu makan ais krim, lepas tu kami lepak kat rumah. Nasib baik Internet laju, jadi, kembali menonton Ubut Rak Kham Kob Fah. Ngeeeee~ boleh pengsan seyh sebab tak tau nak suka Golf ke Mike XD Dulu memang dah habis tengok, tapi masa tu zaman minat Jpop and Thai Pop. Jadi, bila tengok sekarang, baru sedar yang banyak perkataan Thailand yang hampir sama macam Korean. Sekarang, perasaan mau mempelajari bahasa Jepun dan pergi ke sana semakin kuat.
Walaupun saya meminati muzik Korea, tapi paling tak suka bila orang stereotaip dengan berkata "you mesti nak pegi Korea kan?". chett, Korea is not in my top 3 list of to-visit country okayyy~ It's England, Germany and Japan. Saya bukanlah peminat k-pop macam yang kalian kenal. Bila dah ramai sangat kpop rubbish ni, perasaan untuk ke Jepun semakin kuat (takde kaitan, kan?? kekeke~) Sebab, artist Korea kegemaran saya semuanya berada di sana sekarang, termasuklah Daikoku Danji, X5, Smash, Supernova, F.Cuz, A-Peace..... banyaknya nak list!
A-Peace. Beberapa kali ganda bilangan ahli Super Junior yang original XD
Esok dah sekolah...huuuuuu~
Sunday, September 9, 2012
Friday, September 7, 2012
Cuti atau tidak?
Setelah berbahagia mendapat cuti lebih pada hari Khamis sebelum Hari Raya yang lepas, maka tibalah aktiviti mengganti cuti. Esok Sabtu, tapi kena ke sekolah. Paling tak memberangsangkan ialah esok guna jadual hari Khamis, maka memang sangatlah penuh jadual =.= Untuk mengembalikan semangat yang kurang, saya menonton video-video Daikoku Danji. Hmmm, apa khabar agaknya mereka di Jepun. Yang pasti, mereka lebih berjaya di sana, jadi, sebagai seorang MASTERS, saya bangga dan akan menyokong mereka walaupun mereka jarang kembali ke Korea. Bila dah tengok video DKDJ, makanya akan tersangkut tengok X5 pulak, kekeke~ Saya dah jumpa semua artist kegemaran saya kecuali kumpulan yang dua ini. Bila agaknya mereka nak datang Malaysia? XD
Sangat berterima kasih kepada NTV7 yang bergaya kerana menayangkan drama Love at the Frontier. Peh, drama tu sangat lama okehhhh tapi sebab ada Golf and Mike, memang dah berpuluh kali tengok pun tetap akan tersengih sorang-sorang. Dulu, saya minat Golf, tapi rasanya sekarang dah tukar kot, sebab Mike mengingatkan saya kepada Suhoon, aka Mika DKDJ - tapi masa dia masih kurus dan emo la. Sekarang dia adalah agak tembam ye.. tah apa la Hyunchul masak sampai Suhoon makan banyak XD Plan esok malam, nak cari balik video Thailand Jpop Concert~
Hmmm, -tengok jam- dah pukul 1.30am tapi tak ngantuk la pulak? Mungkin saya patut design layout?

Saturday, September 1, 2012
Warkah dari Xenos
Selamat datang ke blog yang bakal kelihatan huru-hara tak lama lagi. Blog ini lahir daripada perasaan malu kerana sering disindir rakan dan orang disekeliling saya kerana Bahasa Melayu saya yang sangat teruk walaupun saya orang Melayu. Dengan blog ini, saya akan cuba untuk tidak menggunakan Bahasa Inggeris, dan pada masa yang sama, memperbaiki dan mengembalikan kehebatan karangan Bahasa Melayu saya ketika di zaman sekolah dahulu XD
Hi awak! Saya Fei, dan terima kasih kerana menjenguk ke blog ini. Saya akan cuba menulis sekerap yang mungkin dan anda akan melihat banyak tulisan yang berkaitan dengan muzik, Photoshop, dan tugas saya sebagai seorang guru. Saya akan cuba membalas komen yang anda tulis untuk setiap post saya XD Diharap anda gembira melawat blog saya. Layout baru akan muncul secepat mungkin ^^

Subscribe to:
Posts (Atom)